It is already 12 midnight kot. Tak berapa sure lah. Okay straight to the point ya. I am tired of school. Penat lah sayang. It's not physically, but mentally. Aku tabik kalau korang enjoy sekolah.
Ya allah penat nya jadi bodoh. Aku tak suka jadi bodoh tambah dengan low self esteem. Tambah pulak dengan suka menangguh. homaigod. Macam mana ya nak jadi Cikgu Zaharah yang well organised tu? I am on my sleep practice tapi hari ni spoil lah. Homework math tak siap.
Tapi tapi i got a wonderful weekend. Haha. Badrish and Badrika, love both of you. Nino dengan bapak pon thanks a lot. Okay tu cerita lain. Back to the point.
I'm trying hard to be well organised. Serius. Sejak 3 januari yang lalu yang 1st day school. Haih. I miss my childhood. Seronok. Tapi banyak mengeluh pun tak bagus jugak. Menyusahkan orang lain. Aku dengar dekat mana entah. Ceramah tv9 kot.
Aku start jadi benci seolah ni start form 1 lah. Tak pernah mimpi aku nak habiskan sekolah (sampai spm) dekat sekolah harian macam sekarang. Kenapa aku selalu buat keputusan yang aku akan menyesal ya?
Aku nak sangat cakap dekat cikgu cikgu yang selalu berpandangan bahawa, belajar tu atas kehendak masing masing. Aku tak boleh terima lah ayat tu. Bagi aku lah, ayat macam tu cuma untuk melepaskan diri para guru yang bersikap tak ambil peduli tentang anak murid. Okay logiknya macam ni, kenapa ada title guru pakar dalam dunia ni? Haish.
Lepastu para ustazah pulak bukak lah cerita tentang imam imam yang agung zaman dahulu tu. Maka keluarlah ayat ayat yang menceritakan tentang kesungguhan mereka untuk menghormati gurunya demi mendapatkan ilmu. Aku nak sangat bagitahu ustazah tu, bahawasanya, kita bukan dalam era itu lagi. Cara pendidikan orang zaman dulu dah jauh berbeza daripada sekarang. Islam pada waktu tu bukan macam sekarang. Tak salah kalau ustazah nak menaikkan semangat kitorang untuk belajar, tapi janganlah jadikannya macam alasan untuk melepaskan diri ustazah tu yang tak mengajar secara sistematik. Kalau disimpulkan, semuanya salah anak murid. Ceh.
Jangan kata aku pelajar yang lembap okay. Malas I nak berlagak. Ceh dah lah followers classmates. Mati ah. Nanti ada lah tu yang gelak gelak lepastu cakap, ceh setakat dia tu, addmath pon asyik fail je. Haha. Lantak lah fail. I'm trying my best okay. Tapi bila aku cerita perihal addmath ni dekat Teacher, dia kata, ayat biasalah. Addmath kena banyak latihan. Ei nak mencarutnya! Kalau method to solve yang basic pon tak reti, salah kitorang jugak ke? Kitorang jugak ya yang nak kena pergi tanya benda tu dekat cikgu, yang kalau tanya budak sekolah lain, diorang akan kata, 'HAHA. Cikgu kau tak ajar ke?'. I dont think so. By the way, alhamdulillah addmath teacher for this year is way much better. Cerita tadi tu tahun lepas punya. Dah basi. Haha.
Kalau cerita bab sekolah ni, memang tak habis sebab aku memang tak berapa suka sekolah. Malas lah senang cerita. By the way, I memang target 9A+. Tak usah lah bergelak tawa ye readers. Aku sedar aku tak pandai, tapi tapi err, we'll see lah macam mana. Bye bye.
p.s : kenapa sekolah sangat menyeksakan? Kerja besar nanti pun stress macam ni jugak ke? ohh should avoid all these. Takut dementia at 40s. Mari lah bersama sama hidup stress free tanpa perlu belajar bersungguh sungguh dan kerja dengan tekun.
haha kalau aku sebar behh ni. mwahaahahha. rilek. semua rasa gitu aku rasa. tadek sebar2 nya. hahaxD
BalasPadamhaha. kau jangan start eh. kalau pengetua panggil aku pasal aku tulis benda ni, siap ah kau
BalasPadam