Khamis, 23 Disember 2010

Tersalah melakukan action akan menyesal walaupun terasa betul pada awalnya

Assalamualaikum.

Hai. (merujuk tajuk di atas) Korang rasa macam biasa terkena tak? Apa? Tak? Bagus nyeee anda ni.

Okay okay. Aku start bercerita ya. Pada suatu hari yang hujan, selepas pulang dari kelas math dan menghadiri upacara pengumuman result PMR, aku bersama adik telah merancang untuk ke mall bersama sama. Pergi je sama sama tapi haluan lain lain. Malangnya, kami diberi duit belanja oleh abah sebanyak 50 ringgit dan harus kerat dua. Jadi seorang akan dapat 25 ringgit sahaja. Tapi tapi tijah(adik) buat buat berat hati nak bagi dekat aku 25 ringgit. Jadi aku mengugut dia. Tak tak aku tak ugut, aku baik. Jadi aku ber-dealing dengan dia. Aku kata, "kalau kau tak bagi 25 ringgit, bagi aku slr yang kau nak bawak tu. Lagipun abah yang suruh mintak dekat kau sebab dia dah bagi dekat kau". Then dia pun bagi lah duit tu. Lepas tu, semasa menunggu abang kami yang akan menghantar kami ke sana sedang makan, aku mengusik dia kata kat dia aku nak jugak bawak slr sebab aku nak jumpa kawan lama. Part kawan lama aku tak tipu, tapi part aku nak slr tu, aku tak serius sangat. Setakat nak dengar dia cakap "alaaa. kau ni, kedekut lah. Aku cop dulu aku dapat,". Okay. Bila aku mintak benda tu, dia terus merajuk tak nak pergi. Lepastu menangis. Haish. Maybe dia frust sangat kot sebab asal nya dapat 50 ringgit then kena share separuh separuh. Lepastu ada orang mintak slr yang dia beria ia sangat nak bawak tu. Tapi aku menyesal sebab usik dia cara kasar. Memang menyesal. Aku tak berniat pun. Tapi nak buat macam mana, aku pun nak belanja jugak. Sebab abah yang suruh bagi dua. Duit aku semua dah masuk tabung yang sealed dan memang tak boleh buka. Jadi jadi aku memang perlukan duit tu. Pasal slr tu, aku tak serius pun. Aku saja je nak usik kau sebab kau condemn tudung aku masa kau marah pasal 25 ringgit. Tapi apa apa pun semua punca nya aku. Tak tak aku taklah emo mana pun. Btw sorry ah tijah.



Itu part one. Ada satu lagi yang terjadi pada hari yang sama.(kalau terlupa topik apa, rujuk tajuk di atas)

Then aku pun pergi lah dengan abang aku tu. Dia rajin nak hantar sebenarnya sebab dia pun nak keluar jumpa kawan jugak. Plan asal nya naik kereta abah then hantar aku dekat mall. Tapi, tiba tiba kawan nya datang ke rumah dan nak pergi dengan dia sekali. Jadi dia suruh aku naik sekali dengan kawan dia. So kawan dia drive, aku dengan abang aku tumpang. Aku pun malas lah nak banyak songeh. Jadi naik je lah kereta kawan dia tu. Bila sampai kedai dekat simpang keluar tu, dia(kawan abang aku) singgah lah sekejap dekat kedai sebelah kedai mamak tu. Dia park kereta betul betul depan kedai mamak. Aku nampak classmates aku yang laki laki dekat kedai mamak tu. Makan kot. Alang alang tu ternampak fawaz pegang straw dari dalam kereta. Aku senyum lah dekat dia. Agak warm lah senyuman aku tu. Tapi tapi aku senyum bukan sebab nak kata aku naik dengan lelaki, and this is my boyfriend and I want to show off. Tak. Aku bersama sama abang aku okay. Aku bukan jenis perempuan yang naik kereta dengan pakwe lepastu buat muka macam nak bagitahu dekat semua orang yang pakwe aku sorang je ada kereta dalam dunia ni. Kalau aku nak berlagak, tak nak lah dalam kereta kancil. Kancil ke kereta dia? Entah tak ingat. Jadi fawaz, aku memang nak sangat bagitahu dekat engkau benda ni sebab takut kau kata aku busteng yang murahan yang berasa hot sebab ada boyfriend sebab kau kan berasa bandar sangat. Takde takde. Main je.



Jadi kepada yang tertanya tanya kenapa aku beria ia nak bagitahu pasal benda ni, sebab aku budak yang baik dan menjaga penghormatan. Acece. Blah lah. Tapi aku memang baik. Aku tak suka benda benda macam gatal gatal nak pakwe ni. Malah nok caghe. Jadi perlu explain sebelum fawaz cop aku then mula mengatakan aku busteng dekat dalam kelas nanti. Aku sedar aku tak cantik. Dan tak ada orang nak buat awek so jadi desperate hingga nak jugak dekat lelaki yang mana yang ada. Tidaak. That's not me.

Jadi jadi. Aku sangat frust hari ni. Sebab aku buat benda yang aku tak sepatutnya buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan