Isnin, 6 Disember 2010

Texting at dinner table?

Assalamualaikum.


Aku baru baca Reader's Digest Oct 2010. Hehe. Yang lama. Tapi takpe. Aku memang tengah selongkar majalah tu dari awal tahun punya hingga yang latest. Ye aku memang rajin, tekun dan suka membaca. 

Tiba tiba aku ternampak macam statistic dekat bahagian Around The World. Tajuk nya "Do You Text At Dinner Table?"



Kalau tanya aku, of course not. Never.



Kenapa nya nak texting dekat meja makan? Kalau makan sorang sorang takpe lah. Maybe takde teman. So cari lah orang nak bercakap. Dan kalau reply sms tu dua huruf dan perbualan bersama keluarga masih berlangsung, nevermind lah. Ni tak. Ber sms tak nak kalah tu. Panjang berjela jela. Sampai mak dengan bapak cakap berdua je sebab anak anak sibuk ber sms. Tu pun kira baguslah sebab mak dengan bapak still berborak.

waktu kecik kecik mentah mentah mana ada hp sebab tu nampak warm je

Itu dengan keluarga. Dengan kawan kawan?

Memang ada segelintir yang suka ber sms ketika makan bersama kawan kawan. Ya aku tau kau ada awek/pakwe tapi aku takde. Aku pun tau kau sorang je la ada awek/pakwe dalam dunia ni. Tapi janganlah obv sangat yang kau tu tengah asyik gila sms dengan pakwe/awek kau sampai aku ni tertunggu tunggu lah nak sambung ayat aku yang terputus tu sebab pakwe/awek kau punya sms dah sampai dan kau nak reply sebab kalau kau reply lambat nanti pakwe/awek kau mati. Duh, kesian lah aku penat penat datang jumpa kau, nak borak borak tapi kau sibuk dengan pakwe/awek kau tu yang kena makan sms kau untuk terus hidup.


Aku selalu terfikir, kenapa kau orang semua tak boleh tunggu dan reply lambat lambat sikit? Ya aku memang  rasa sedih sebab, sebab err dah lah takda pakwe, handphone buruk, lepastu jadi stammer. Kesian dan loser nyaa


Dalam majalah tu jugak ada menyebut dialog seorang Malaysian yang di survey. Katanya "If I receive a text message at the dinner table, I'd reply immediately."  Masya allah. Teruknya kau ni? Wife kau bersalin every minutes ye? Sebab tu penting sangat untuk kau baca dan reply panjang panjang supaya bini kau tu bertenang.

By the way, aku nak share jugak statistic ni. 57% rakyat malaysia text at dinner table which is the highest and they think it's perfectly acceptable. And the most well-mannered are the canadians. Haha.

Salam Maal Hijrah. Aku lupa baca doa akhir tahun lepas asar tadi. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan