Ahad, 5 Disember 2010

Bermain monopoly.

Pada suatu malam yang indah, aku bersama sama adik, anak jiran dan mama bermain monopoly. Seronok ke main monopoly?


TAK SERONOK LANGSUNG

Entry ini tidak dipengaruhi perasaan tak puas hati sebab kalah dengan mama. Ceh. Loser kan kalah dengan orang tua. Tak. Tak loser. Walaupun aku yang merengek minta permainan dihentikan kerana tak dapat terima kenyataan. Walaupun mama menang dengan aset yang bernilai lebih kurang 40k dan aku pula hanya ada aset sebanyak 200 lebih. Walaupun berhutang dengan mama 6k dan mama meminta hanya railway station bernilai 2k sahaja untuk membayar hutangnya. Tak. Aku tak loser.


Sebab ianya hanya permainan yang menggunakan dadu. Well, kalau pakai dadu ikut nasib lah. Haha. Kan?
(ayat meng-defend diri sebab tak pandai main)


lihatlah benda yang menentukan nasib kita ni. innocent kan?

Tapi adik aku tak kalah teruk pon walaupun dia tak ada own tempat yang sama color kesemuanya dan semestinya tiada rumah atau hotel di bina di atas tanah nya. Cis. Aku banyak kot tanah.

Mungkin kerana tiada banker so suruh lah dia jaga bank. Kau ada ambil duit lebih ya masa kau berurusan dengan bank? Haha. Kau memang tijah. (see? masih mencari kesalahan orang lain dan tak mengaku)

Aku main jujur okay. Bila aku stop dekat tanah orang aku akan tanya, "siapa punya ni? Berapa rent?". Walaupun mereka sedang leka. Tapi, bila diorang yang masuk tanah siapa siapa kalau tuan tanah tu leka diorang buat muka isyarat macam "tak payah bagitahu dia, tak payah, jangann..,"

Aku nak kata aku main betul betul sebab tu aku kalah. Acece. Banyak lah kau.
Tapi mama kata, "ada banyak lagi hari mama boleh kalah,". Tengok? Pemenang pon cakap seolah olah menang hanya nasib. HAHA.

Ada lah chance aku nak menang nanti. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan