Assalamualaikum.
Hai semua (macam banyak je orang baca). Aku tak ada idea nak letak entri. Anda semua pasti tak kisah kerana aku punya entri bukan penting pon. Tapi aku kisah. Aku kisah kerana tidak mahu dilabel pesakit ADD (Attention Deficit Disorder). Tibe. Okay, tak tahu? ADD ialah mental disorder yang merujuk kepada tingkah laku biasanya kanak kanak yang memang susah nak bagi tumpuan kepada sesuatu perkara.Buktinya, dulu dulu aku nak sangat buat blog. Lepastu aku create an account, then aku tinggal tak tulis apa apa pun. Lepastu, minggu minggu lepas aku beria ia letak entri. Siap ada satu malam tu aku letak 2 entri sekali. Beria ia kan bagi beginner macam aku? Lepastu aku tinggal blog lama lama tak tulis benda benda. Apa lagi ya bukti? Hmm. Kalau aku melukis, awal awal mesti agak lawa, bila dah lepas 15 minit aku tinggal. See?
 |
Comel kan? |
Tapi aku tak ada ADD. Haha. Sebab aku tak ada lah pulak struggle sangat sampai depressed bila aku nak dapat kan sesuatu. Kerana bila seseorang menghidap ADD, dia akan struggle melawan kehendaknya iaitu pergi 'buat benda lain'. Pesakit ADD memang tak boleh focus bila buat apa apa. Dia asyik rasa boring je bila melakukan sesuatu padahal dia beria ia sangat nak buat. Dah cukup dah membebel pasal psychological disorder. Takut nanti korang meluat sangat.
 |
kadang kadang pun aku nak jadi psychologist |
Conclusionnya, aku cuma malas. Ya aku sangat malas buat apa apa. Apa apa pun. Aku pun tak tahu lah kenapa aku malas. Yang aku rajin tidur dengan makan. Kadang kadang aku rasa menyesal jugak sebab tak all out bila belajar. Aku jugak menyesal tak dapat masuk SSP or TKC atau any sekolah yang bunyinya cool sebab malas belajar. Seterusnya menangis bila ternampak bangunan SSP tersergam indah di Cyberjaya. Serta menutup dengan tangan (dekat news feed) gambar gambar yang Aiza upload di facebook bila ada aktiviti cool yang dia join dekat SSP. Serius aku menyesal. Aku bukan nak kata aku layak sangat masuk sekolah sekolah cool tu, tapi err tapi aku rasa kalau kita bersungguh sungguh mesti boleh kan?
 |
nerd nyeeeee. Haha |
Daripada UPSR hingga lah PMR then tahun depan SPM. Haihh. Aku serius takut gila kalau kalau SPM nanti aku tak dapat apa yang aku nak. Apa yang aku nak? Aku nak confidence. Ya confident bila masa menunggu result. That means aku tahu aku akan dapat yang bagus pada masa tu. Aku teringat waktu nak ambil result PMR dulu, tangan aku sejuk sejuk terketar ketar takut nak dengar result diumumkan. Melebih lebih ah terketar ketar. Tapi waktu tu, aku serius nak menangis sebab takut tak dapat result bagus sebab aku main main gila tahun tu. Tapi aku berlagak macam relax je lah sebab nanti orang kata BEGHIYA. -.- Jadi aku tak nak dah menggigil takut bila result SPM nak diumumkan.
 |
aku memang suka letak gambar tak masuk topik. kena sikit sikt okay lah |
Kadang kadang aku terfikir atas sebab apa aku dilahirkan? acece. Aku tak nak jawapan khalifah sebab tak specific dan memang jawapan standard yang akan dijadikakan topik semasa ceramah motivasi. Aku dah lah pemalas, tak lawa pulak. See? aku memang manusia yang tak berkualiti serta tidak mempunyai jaminan masa depan. Kadang kadang aku rasa macam terpaksa belajar sebab takut miskin bila besar nanti. Tapi kadang kadang aku rasa macam aku dengar hidup miskin pun takpe. Maksud miskin bukan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Maksudnya hidup sederhana tak payah kumpul harta. Tapi kadang kadang pulak aku rasa macam nak jadi perdana menteri. Tapi aku perempuan. Tak ada nya nanti aku termasuk dalam sejarah dunia sebagai perdana menteri yang berkaliber serta sangat bagus. Ceh. Kadang kadang aku terfikir kenapa manusia manusia yang bagus dan glamour dalam sejarah dunia ni lelaki? Tak ada ke perempuan? Kalau firaun ramai ah. Tapi tak nak lah jadi firaun. -.- So aku pun jadi malas nak fikir pasal nak jadi perdana menteri sebab aku ni perempuan. Jadi lelaki mesti best kan? Okay okay, tapi aku memang pemalas. Dan aku sendiri yang tak usaha. Aku tau korang mesti kata aku loser yang tak berusaha tapi mengada ngada nak jadi high achiever kan? Takpe tak kisah. Aku memang pemalas yang tak pandai. Dan aku tau lah setakat mana aku usaha =)
Aku kata je takde idea. Tapi biasalah manusia. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?
Okay. Sekarang pasal cuti sekolah. Aku boring cuti sekolah kali ni. Boring. Abah takde budget plus takde cuti nak bawak pergi vacation. Tapi takpe. Nasib baik ada guru add math yang bagus di pusat tusyen. Haha. Bagus kan? Aku pergi tusyennnn. Aku memang bagus. Tidak dinafikan. Aku cuma malas. Tapi aku bagus.
Tak ada apa apa aktiviti lain dah. Sounds boring kan cuti aku?
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan