Ahad, 5 Disember 2010

Hai & Entry Pertama. =)

Assalamualaikum.


Hai. Aku baru belajar tulis blog. Entry pertama aku ni. =) Aku tak tau nak kategorikan penulisan aku sama ada general or personal life or anything else lah. By the way, aku sayang anda yang menjadi pembaca awal blog aku. Terima kasih. Sangat menghargainya. Ya aku bukan melayu tipikal yang susah menghargai dan susah berterima kasih. Aku benar benar maksudkannya bila aku cakap terima kasih. -.-


Ladies and gentlemen,

Tajuk entry pertama aku ialah "Betul kah pasangan di Malaysia suka cari awek/pakwe lain bila dah makin berasa bagus?"
(aku saja je nak tulis tajuk dekat sini. memberi kelainan. -.-)


Okay okay. Aku tahu yang kau orang akan cakap, "kenapa tiba tiba je dia ni? First entry dah beria-ia...bla bla". Aku tak kisah sebab kalau korang tak mau baca boleh je tinggalkan blog ini. haha
gambar memang indah.MEMANG.
Hah, tu baca lagi? See? Korang pon nak tau jugak kan apa yg aku nak bincangkan.

Begini, setelah apa yang aku lihat, dan aku baca, terbukti Malaysians memang suka ganti pasangan. Hal ini terbukti melalui statistic yang telah dilakukan oleh majalah Reader's Digest keluaran bulan April 2010. Melalui statistic tersebut, China menduduki tangga teratas iaitu 83% gembira bersama pasangan.

Dan menyedihkan, Malaysia menduduki tangga terbawah dengan hanya 59% yang gembira dengan pasangan masing masing. Tak percaya? Macam mana ya aku nak buat korang percaya?
aku tak tipu kan? aku memang rajin membaca.
Then aku ada baca Reader's Digest edisi apa ntah aku pun lupa. Aku cuba cari tapi tak jumpa jumpa pulak. Dalam majalah tersebut, Malaysia masih menduduki tangga yang top lah kalau bab bab negatif dalam hubungan berlainan jantina ni.
Don't you think that something is going wrong dengan pasangan di malaysia ni? Aku tak tau sebab aku tak main lah couple couple ni. Apa barang main couple couple ni. Aku muda lagi.


ihsan google
Tapi hasil pemerhatian aku, memang masalah ini nyata di Malaysia. Punca punca nya pon nyata.

Mengikut pandangan aku, lelaki dekat Malaysia ni memang agak kurang setia. Okay aku tau aku belum kawin. Tapi aku ni matured. Ya aku matured.  ^___^  . Tak percaya sudah. Okay. kembali kepada topik. Aku selalu dengar tentang lelaki lelaki yang tinggal kan awek sebab jumpa awek yang lagi lawa. That really shows your marriage. Serius. Agak pathetic tapi reality. Bila lelaki tu dah makin kaya (dewasa) atau makin hot (bagi pelajar sekolah) dia selalunya demand awek yang lebih cantik dan seksi. Mana layan awek awek kampung yang selekeh dan berkulit kusam serta bergigi terabur yang dulu kau panggil sayang, baby, mama etc.
Lelaki tak payah terasa. Kau memang macam tu.


Selain itu, lelaki juga memang kadang kadang agak ego atau senangnya degil. Tu semua orang tau. Ya degil tak salah. Memang tak salah bila digunakan dengan betul. Ceh. Macam ego tu boleh je kau kontrol ye lelaki. Aku pernah membaca tentang seorang penakluk agung (Hulagu Khan) yang berjaya menakluk Kota Baghdad pada masa kerajaan Bani Abasiyyah.


Sebelum aku baca pasal dia tu, aku memang pantang kalau lelaki ego.Sebut je ego, memang lelaki lah dalam kepala otak. Lepas tu mulalah aku membayangkan lelaki tengah menengking perempuan dan perempuan tu ketakutan. Haha. Then bila dah khatam buku tu, ya, kedegilan itu penting bagi lelaki kalau nak jadi pemimpin. Sebab dia perlu bertegas dengan keputusan dia.

Tapi, bila kau salah, jangan lah nak kata kau tu betul jugak. Boleh fikir kan, yang kadang kadang apa kau rasa betul tu sebenarnya salah? Haish. Saja je nak cari gaduh dengan perempuan. Kan?

Tapi tak semua yang tak berjaya dalam perhubungan disebabkan lelaki. Perempuan pon sama je. Mengada ngada je lebih. Jelous pon lebih jugak. Belum apa apa lagi dah jelous. Dah lah mata duitan. Haha.

Haha. Aku dah habis cakap. Tapi semua yang aku tulis tu aku rasa rasa je. Tak serius mana.

Kejap kejap. Tapi aku still pelik tentang budak budak sekolah yang mementingkan kebandar-an (maksudnya tak kampung) yang berlagak cool dan suka mendiskriminasi budak budak kampung yang memang lah tak cool tu. Kenapa ya? Agaknya mereka membantu bapanya mendapatkan tender yang besar kot di tempat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan