Rabu, 26 Januari 2011

it's time to change

Assalamualaikum.

Hai semua. Bersua juga kita ya. :p  Anda semua selalu tak muhasabah diri? Apa? Selalu? Baguslah kalau selalu. Aku jarang buat. Kalau ya pun sekejap sekejap je. Dan kurang berkesan.

Korang sedar tak kesalahan yang korang rasa betul tapi sebenarnya salah? Kalau tak, give me 5. Aku tak sedar tau kalau aku buat salah. Memang tak sedar betul.

Start from today, i wanna change my attitude. Aku tak nak asyik marah orang tanpa dengar penjelasan. Tak nak tegur macam nak beranak lah bunyi jerit nya. And tak nak dah sakitkan hati orang tanpa alasan yang kuat. Dan, dan watch my language, words.

SERIOUS DAH TAK NAK DAH.

Maaf kepada semua yang aku selalu marah tanpa sempat korang beri penjelasan. Sorry sorry sorry gila. From now on, kita bukak buku baru ya?

Jumaat, 14 Januari 2011

sekolah lagi (pengawas)

assalamualaikum.

Hai semua. Fuhh. Lama gila tak online. Tak seronok lah sebenarnya nak bercakap hal hal yang bukan pasal sekolah. Sekolah is a nightmare sebenarnya. Tapi nightmare lah yang kita ingat kan. Haha.

Okay bermula dengan isnin minggu ni. Aku buat apa ya? Takde apa apa sangat kot. Belajar seperti biasa.

Selasa? Haha. Board Meeting. Start pukul 3 hingga 4.30 petang lebih kurang. Okay ketika meeting itu, emm. Tak menariklah nak cerita. Kalau cerita pon boring.

Rabu dan Khamis pun biasa biasa je. Jumaat? Hah. Dapat duit! Haha. Teacher Zayra bagi selepas hasil menyertai pertandingan anjuran celcom. Okay. Dah habis.

Sebenarnya aku nak cerita perihal pengawas. Okay my classmates. Aku penolong ketua pengawas yang baik serta berkaliber kan? Ahmad Razin Ruzaini, kau jauh sangat. Tak boleh nak mengata aku. Okay to pengawas yang ada, setiap kali meeting, aku complain, marah tu, marah ni. Semuanya macam tak betul.

TAPI

To be honest, bila aku tengok pengawas sedang bertugas, seriously, aku rasa sesuatu. Rasa macam terharu, bangga etc. Senangnya, aku sayang gila each one of you yang bertugas dengan baik. Serious. Aku tak tipu. Tak reti lah nak describe macam mana aku rasa. Acece. Ni baru pengawas. Dah touching habis. Haha.

By the way, yang tak berapa bagus tu aku still rasa marah lah. -.-

Ahad, 9 Januari 2011

Sekolah

It is already 12 midnight kot. Tak berapa sure lah. Okay straight to the point ya. I am tired of school. Penat lah sayang. It's not physically, but mentally. Aku tabik kalau korang enjoy sekolah.

Ya allah penat nya jadi bodoh. Aku tak suka jadi bodoh tambah dengan low self esteem. Tambah pulak dengan suka menangguh. homaigod. Macam mana ya nak jadi Cikgu Zaharah yang well organised tu? I am on my sleep practice tapi hari ni spoil lah. Homework math tak siap.

Tapi tapi i got a wonderful weekend. Haha. Badrish and Badrika, love both of you. Nino dengan bapak pon thanks a lot. Okay tu cerita lain. Back to the point.

I'm trying hard to be well organised. Serius. Sejak 3 januari yang lalu yang 1st day school. Haih. I miss my childhood. Seronok. Tapi banyak mengeluh pun tak bagus jugak. Menyusahkan orang lain. Aku dengar dekat mana entah. Ceramah tv9 kot.

Aku start jadi benci seolah ni start form 1 lah. Tak pernah mimpi aku nak habiskan sekolah (sampai spm) dekat sekolah harian macam sekarang. Kenapa aku selalu buat keputusan yang aku akan menyesal ya?

Aku nak sangat cakap dekat cikgu cikgu yang selalu berpandangan bahawa, belajar tu atas kehendak masing masing. Aku tak boleh terima lah ayat tu. Bagi aku lah, ayat macam tu cuma untuk melepaskan diri para guru yang bersikap tak ambil peduli tentang anak murid. Okay logiknya macam ni, kenapa ada title guru pakar dalam dunia ni? Haish.

Lepastu para ustazah pulak bukak lah cerita tentang imam imam yang agung zaman dahulu tu. Maka keluarlah ayat ayat yang menceritakan tentang kesungguhan mereka untuk menghormati gurunya demi mendapatkan ilmu. Aku nak sangat bagitahu ustazah tu, bahawasanya, kita bukan dalam era itu lagi. Cara pendidikan orang zaman dulu dah jauh berbeza daripada sekarang. Islam pada waktu tu bukan macam sekarang. Tak salah kalau ustazah nak menaikkan semangat kitorang untuk belajar, tapi janganlah jadikannya macam alasan untuk melepaskan diri ustazah tu yang tak mengajar secara sistematik. Kalau disimpulkan, semuanya salah anak murid. Ceh.

Jangan kata aku pelajar yang lembap okay. Malas I nak berlagak. Ceh dah lah followers classmates. Mati ah. Nanti ada lah tu yang gelak gelak lepastu cakap, ceh setakat dia tu, addmath pon asyik fail je. Haha. Lantak lah fail. I'm trying my best okay. Tapi bila aku cerita perihal addmath ni dekat Teacher, dia kata, ayat biasalah. Addmath kena banyak latihan. Ei nak mencarutnya! Kalau method to solve yang basic pon tak reti, salah kitorang jugak ke? Kitorang jugak ya yang nak kena pergi tanya benda tu dekat cikgu, yang kalau tanya budak sekolah lain, diorang akan kata, 'HAHA. Cikgu kau tak ajar ke?'. I dont think so. By the way, alhamdulillah addmath teacher for this year is way much better. Cerita tadi tu tahun lepas punya. Dah basi. Haha.

Kalau cerita bab sekolah ni, memang tak habis sebab aku memang tak berapa suka sekolah. Malas lah senang cerita. By the way, I memang target 9A+. Tak usah lah bergelak tawa ye readers. Aku sedar aku tak pandai, tapi tapi err, we'll see lah macam mana. Bye bye.

p.s : kenapa sekolah sangat menyeksakan? Kerja besar nanti pun stress macam ni jugak ke? ohh should avoid all these. Takut dementia at 40s. Mari lah bersama sama hidup stress free tanpa perlu belajar bersungguh sungguh dan kerja dengan tekun.

Khamis, 23 Disember 2010

Tersalah melakukan action akan menyesal walaupun terasa betul pada awalnya

Assalamualaikum.

Hai. (merujuk tajuk di atas) Korang rasa macam biasa terkena tak? Apa? Tak? Bagus nyeee anda ni.

Okay okay. Aku start bercerita ya. Pada suatu hari yang hujan, selepas pulang dari kelas math dan menghadiri upacara pengumuman result PMR, aku bersama adik telah merancang untuk ke mall bersama sama. Pergi je sama sama tapi haluan lain lain. Malangnya, kami diberi duit belanja oleh abah sebanyak 50 ringgit dan harus kerat dua. Jadi seorang akan dapat 25 ringgit sahaja. Tapi tapi tijah(adik) buat buat berat hati nak bagi dekat aku 25 ringgit. Jadi aku mengugut dia. Tak tak aku tak ugut, aku baik. Jadi aku ber-dealing dengan dia. Aku kata, "kalau kau tak bagi 25 ringgit, bagi aku slr yang kau nak bawak tu. Lagipun abah yang suruh mintak dekat kau sebab dia dah bagi dekat kau". Then dia pun bagi lah duit tu. Lepas tu, semasa menunggu abang kami yang akan menghantar kami ke sana sedang makan, aku mengusik dia kata kat dia aku nak jugak bawak slr sebab aku nak jumpa kawan lama. Part kawan lama aku tak tipu, tapi part aku nak slr tu, aku tak serius sangat. Setakat nak dengar dia cakap "alaaa. kau ni, kedekut lah. Aku cop dulu aku dapat,". Okay. Bila aku mintak benda tu, dia terus merajuk tak nak pergi. Lepastu menangis. Haish. Maybe dia frust sangat kot sebab asal nya dapat 50 ringgit then kena share separuh separuh. Lepastu ada orang mintak slr yang dia beria ia sangat nak bawak tu. Tapi aku menyesal sebab usik dia cara kasar. Memang menyesal. Aku tak berniat pun. Tapi nak buat macam mana, aku pun nak belanja jugak. Sebab abah yang suruh bagi dua. Duit aku semua dah masuk tabung yang sealed dan memang tak boleh buka. Jadi jadi aku memang perlukan duit tu. Pasal slr tu, aku tak serius pun. Aku saja je nak usik kau sebab kau condemn tudung aku masa kau marah pasal 25 ringgit. Tapi apa apa pun semua punca nya aku. Tak tak aku taklah emo mana pun. Btw sorry ah tijah.



Itu part one. Ada satu lagi yang terjadi pada hari yang sama.(kalau terlupa topik apa, rujuk tajuk di atas)

Then aku pun pergi lah dengan abang aku tu. Dia rajin nak hantar sebenarnya sebab dia pun nak keluar jumpa kawan jugak. Plan asal nya naik kereta abah then hantar aku dekat mall. Tapi, tiba tiba kawan nya datang ke rumah dan nak pergi dengan dia sekali. Jadi dia suruh aku naik sekali dengan kawan dia. So kawan dia drive, aku dengan abang aku tumpang. Aku pun malas lah nak banyak songeh. Jadi naik je lah kereta kawan dia tu. Bila sampai kedai dekat simpang keluar tu, dia(kawan abang aku) singgah lah sekejap dekat kedai sebelah kedai mamak tu. Dia park kereta betul betul depan kedai mamak. Aku nampak classmates aku yang laki laki dekat kedai mamak tu. Makan kot. Alang alang tu ternampak fawaz pegang straw dari dalam kereta. Aku senyum lah dekat dia. Agak warm lah senyuman aku tu. Tapi tapi aku senyum bukan sebab nak kata aku naik dengan lelaki, and this is my boyfriend and I want to show off. Tak. Aku bersama sama abang aku okay. Aku bukan jenis perempuan yang naik kereta dengan pakwe lepastu buat muka macam nak bagitahu dekat semua orang yang pakwe aku sorang je ada kereta dalam dunia ni. Kalau aku nak berlagak, tak nak lah dalam kereta kancil. Kancil ke kereta dia? Entah tak ingat. Jadi fawaz, aku memang nak sangat bagitahu dekat engkau benda ni sebab takut kau kata aku busteng yang murahan yang berasa hot sebab ada boyfriend sebab kau kan berasa bandar sangat. Takde takde. Main je.



Jadi kepada yang tertanya tanya kenapa aku beria ia nak bagitahu pasal benda ni, sebab aku budak yang baik dan menjaga penghormatan. Acece. Blah lah. Tapi aku memang baik. Aku tak suka benda benda macam gatal gatal nak pakwe ni. Malah nok caghe. Jadi perlu explain sebelum fawaz cop aku then mula mengatakan aku busteng dekat dalam kelas nanti. Aku sedar aku tak cantik. Dan tak ada orang nak buat awek so jadi desperate hingga nak jugak dekat lelaki yang mana yang ada. Tidaak. That's not me.

Jadi jadi. Aku sangat frust hari ni. Sebab aku buat benda yang aku tak sepatutnya buat.

Khamis, 16 Disember 2010

Tak ada idea + Cuti sekolah

Assalamualaikum.

Hai semua (macam banyak je orang baca). Aku tak ada idea nak letak entri. Anda semua pasti tak kisah kerana aku punya entri bukan penting pon. Tapi aku kisah. Aku kisah kerana tidak mahu dilabel pesakit ADD (Attention Deficit Disorder). Tibe. Okay, tak tahu? ADD ialah mental disorder yang merujuk kepada tingkah laku biasanya kanak kanak yang memang susah nak bagi tumpuan kepada sesuatu perkara.Buktinya, dulu dulu aku nak sangat buat blog. Lepastu aku create an account, then aku tinggal tak tulis apa apa pun. Lepastu, minggu minggu lepas aku beria ia letak entri. Siap ada satu malam tu aku letak 2 entri sekali. Beria ia kan bagi beginner macam aku? Lepastu aku tinggal blog lama lama tak tulis benda benda. Apa lagi ya bukti? Hmm. Kalau aku melukis, awal awal mesti agak lawa, bila dah lepas 15 minit aku tinggal. See?

Comel kan?

Tapi aku tak ada ADD. Haha. Sebab aku tak ada lah pulak struggle sangat sampai depressed bila aku nak dapat kan sesuatu. Kerana bila seseorang menghidap ADD, dia akan struggle melawan kehendaknya iaitu pergi 'buat benda lain'. Pesakit ADD memang tak boleh focus bila buat apa apa. Dia asyik rasa boring je bila melakukan sesuatu padahal dia beria ia sangat nak buat. Dah cukup dah membebel pasal psychological disorder. Takut nanti korang meluat sangat.

kadang kadang pun aku nak jadi psychologist
Conclusionnya, aku cuma malas. Ya aku sangat malas buat apa apa. Apa apa pun. Aku pun tak tahu lah kenapa aku malas. Yang aku rajin tidur dengan makan. Kadang kadang aku rasa menyesal jugak sebab tak all out bila belajar. Aku jugak menyesal tak dapat masuk SSP or TKC atau any sekolah yang bunyinya cool sebab malas belajar. Seterusnya menangis bila ternampak bangunan SSP tersergam indah di Cyberjaya. Serta menutup dengan tangan (dekat news feed) gambar gambar yang Aiza upload di facebook bila ada aktiviti cool yang dia join dekat SSP. Serius aku menyesal. Aku bukan nak kata aku layak sangat masuk sekolah sekolah cool tu, tapi err tapi aku rasa kalau kita bersungguh sungguh mesti boleh kan?


nerd nyeeeee. Haha
Daripada UPSR hingga lah PMR then tahun depan SPM. Haihh. Aku serius takut gila kalau kalau SPM nanti aku tak dapat apa yang aku nak. Apa yang aku nak? Aku nak confidence. Ya confident bila masa menunggu result. That means aku tahu aku akan dapat yang bagus pada masa tu. Aku teringat waktu nak ambil result PMR dulu, tangan aku sejuk sejuk terketar ketar takut nak dengar result diumumkan. Melebih lebih ah terketar ketar. Tapi waktu tu, aku serius nak menangis sebab takut tak dapat result bagus sebab aku main main gila tahun tu. Tapi aku berlagak macam relax je lah sebab nanti orang kata BEGHIYA. -.- Jadi aku tak nak dah menggigil takut bila result SPM nak diumumkan.

aku memang suka letak gambar tak masuk topik. kena sikit sikt okay lah
Kadang kadang aku terfikir atas sebab apa aku dilahirkan? acece. Aku tak nak jawapan khalifah sebab tak specific dan memang jawapan standard yang akan dijadikakan topik semasa ceramah motivasi. Aku dah lah pemalas, tak lawa pulak. See? aku memang manusia yang tak berkualiti serta tidak mempunyai jaminan masa depan. Kadang kadang aku rasa macam terpaksa belajar sebab takut miskin bila besar nanti. Tapi kadang kadang aku rasa macam aku dengar hidup miskin pun takpe. Maksud miskin bukan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Maksudnya hidup sederhana tak payah kumpul harta. Tapi kadang kadang pulak aku rasa macam nak jadi perdana menteri. Tapi aku perempuan. Tak ada nya nanti aku termasuk dalam sejarah dunia sebagai perdana menteri yang berkaliber serta sangat bagus. Ceh. Kadang kadang aku terfikir kenapa manusia manusia yang bagus dan glamour dalam sejarah dunia ni lelaki? Tak ada ke perempuan? Kalau firaun ramai ah. Tapi tak nak lah jadi firaun. -.- So aku pun jadi malas nak fikir pasal nak jadi perdana menteri sebab aku ni perempuan. Jadi lelaki mesti best kan? Okay okay, tapi aku memang pemalas. Dan aku sendiri yang tak usaha. Aku tau korang mesti kata aku loser yang tak berusaha tapi mengada ngada nak jadi high achiever kan? Takpe tak kisah. Aku memang pemalas yang tak pandai. Dan aku tau lah setakat mana aku usaha =)

Aku kata je takde idea. Tapi biasalah manusia. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?



Okay. Sekarang pasal cuti sekolah. Aku boring cuti sekolah kali ni. Boring. Abah takde budget plus takde cuti nak bawak pergi vacation. Tapi takpe. Nasib baik ada guru add math yang bagus di pusat tusyen. Haha. Bagus kan? Aku pergi tusyennnn. Aku memang bagus. Tidak dinafikan. Aku cuma malas. Tapi aku bagus.

Tak ada apa apa aktiviti lain dah. Sounds boring kan cuti aku?

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Jumaat, 10 Disember 2010

William Wilberforce, Amazing Grace

Assalamualaikum.



Entry hari ni agak membosankan. Sebabnya aku nak review movie lama. Ya, movie lama. Tajuk nya Amazing Grace. Cerita ni ditayangkan pada tahun 2006. WOW. Masa aku darjah enam! Tapi kalau waktu darjah enam aku tengok dan minat cerita ni, menipulah. Cerita ni hanya akan diminati oleh orang lebih tua. Bila aku sebut akan, maksud nya memang akan. Sebab mama tertidur masa tengok movie ni. Tak sampai halfway kot. Jadi memang movie ni bosan. Haha. Abah pun cakap, "tukar cerita lain lah, bosan,". See?
Abah yang memang suka benda boring pun kata cerita ni boring. Boring gila lah nampaknya movie ni ye. Haha.


nampak orang tua ni lagi lah tambah tambah boring

Tapi, di sebalik semua yang boring itu, aku sangat suka cerita ini. Aku suka gila sampai rasa macam nak letak '!' seribu kali. Dalam minggu ni saja, aku ulang tayang cerita ni dekat laptop ada lah dua kali. Then ulang tengok dekat tv(pasang dvd) pun ada lah dalam tiga kali. Banyak kali kan bagi kategori cerita membosankan?

Tapi tapi, lesson learnt dalam cerita ni banyak. Aku bukan nak jadi si guru skema yang berkata, "apa apa cerita yang awak tengok, awak mesti mencari pengajaran daripada cerita tersebut. Bukan tengok saja saja,".
Tak. Aku tak bermaksud sedemikian. Aku tengok je cerita ni sekali, terus terinspirasi dan rasa minat gila.

Okay, biar aku cerita sikit pasal movie ni. Movie ni berdasarkan true story. Mengisahkan seorang MP (Member of Parliament) yang bernama William Wilberforce yang dipujuk oleh rakan rakannya untuk menghapuskan perniagaan hamba (slave trade) di London, Bristol dan Liverpool yang pada waktu itu giat menjalankan slave trade . Tapi biasalah, bila kita cuba untuk menegakkan sesuatu yang baru, mesti ada yang menentangnya. Tambah tambah pulak bila cara lama tu memang menguntungkan walaupun salah. So the movie tells us about his passion and the sacrifices which he made to abolish the slave trade. Nasib baik berjaya. -.-



Kalau kau orang tengok cerita ni, aku pun tak tau nak cakap lah. Takut nanti korang kata, entah benda benda entah cerita ni. Tapi, bila korang dah tengok dan rasa berminat, yeah, then you'll never forget it. Aku sebenarnya sangat kagum dengan manusia yang cuba menegakkan sesuatu yang benar, walaupun ditentang oleh ramai orang tapi still bersemangat meneruskan apa yang dia rasa betul, err maksudnya benda yang memang betul. Serious. Aku memang kagum. Dalam cerita tu, ada scene di mana William Wilberforce di ejek ejek di dalam parliament tapi still keep on saying about humanity and slave trade and all that lah yang dia rasa betul. Tapi nasib baik berjaya jugak misi dia tu.



korang nak gelak ya sebab aku suka cerita ni?

Aku tak suka ya benda benda politik dan memang tak ambil tahu. Jadi jangan nak cop aku suka politik sebab minat cerita ni. Aku tak minat langsung(politik).

Isnin, 6 Disember 2010

Texting at dinner table?

Assalamualaikum.


Aku baru baca Reader's Digest Oct 2010. Hehe. Yang lama. Tapi takpe. Aku memang tengah selongkar majalah tu dari awal tahun punya hingga yang latest. Ye aku memang rajin, tekun dan suka membaca. 

Tiba tiba aku ternampak macam statistic dekat bahagian Around The World. Tajuk nya "Do You Text At Dinner Table?"



Kalau tanya aku, of course not. Never.



Kenapa nya nak texting dekat meja makan? Kalau makan sorang sorang takpe lah. Maybe takde teman. So cari lah orang nak bercakap. Dan kalau reply sms tu dua huruf dan perbualan bersama keluarga masih berlangsung, nevermind lah. Ni tak. Ber sms tak nak kalah tu. Panjang berjela jela. Sampai mak dengan bapak cakap berdua je sebab anak anak sibuk ber sms. Tu pun kira baguslah sebab mak dengan bapak still berborak.

waktu kecik kecik mentah mentah mana ada hp sebab tu nampak warm je

Itu dengan keluarga. Dengan kawan kawan?

Memang ada segelintir yang suka ber sms ketika makan bersama kawan kawan. Ya aku tau kau ada awek/pakwe tapi aku takde. Aku pun tau kau sorang je la ada awek/pakwe dalam dunia ni. Tapi janganlah obv sangat yang kau tu tengah asyik gila sms dengan pakwe/awek kau sampai aku ni tertunggu tunggu lah nak sambung ayat aku yang terputus tu sebab pakwe/awek kau punya sms dah sampai dan kau nak reply sebab kalau kau reply lambat nanti pakwe/awek kau mati. Duh, kesian lah aku penat penat datang jumpa kau, nak borak borak tapi kau sibuk dengan pakwe/awek kau tu yang kena makan sms kau untuk terus hidup.


Aku selalu terfikir, kenapa kau orang semua tak boleh tunggu dan reply lambat lambat sikit? Ya aku memang  rasa sedih sebab, sebab err dah lah takda pakwe, handphone buruk, lepastu jadi stammer. Kesian dan loser nyaa


Dalam majalah tu jugak ada menyebut dialog seorang Malaysian yang di survey. Katanya "If I receive a text message at the dinner table, I'd reply immediately."  Masya allah. Teruknya kau ni? Wife kau bersalin every minutes ye? Sebab tu penting sangat untuk kau baca dan reply panjang panjang supaya bini kau tu bertenang.

By the way, aku nak share jugak statistic ni. 57% rakyat malaysia text at dinner table which is the highest and they think it's perfectly acceptable. And the most well-mannered are the canadians. Haha.

Salam Maal Hijrah. Aku lupa baca doa akhir tahun lepas asar tadi. :(